Dapatkan Baju Melayu Plus Size yang menarik di Bob Rock Lovelilly

 
Pada Mulanya Bob Rock Lovelilly hanya menawarkan baju design plus size yang menarik untuk outing dan bergaya, Pada tahun 2019 Bob Rock Lovelilly telah Memperkenal dan melancarkan baju melayu plus size yang terdapat di wardrobe mereka. Pada masa tu, Bob Rock Lovelilly hanya mempunyai empat warna untuk dipilih dan mengejutkan adalah Bob Rock Lovelilly  dapat sambutan yang hangat sehingga habis dijual dalam masa dua minggu Ramadhan. 
Baju melayu Bob Rock Lovelilly adalah jenis Baju Melayu Cekak Musang. Istilah baju melayu cekak musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju,  tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak. Pengertian 'cekak musang' merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri melingkari leher. Terdapat beberapa rekaan butang di leher baju iaitu seperti butang tiga, butang empat mahupun butang lima. Kolar bukaan yang luas dan selesa untuk leher yang berisi macam Eddy, 
Potongan bentuk A (Relax-Fit) dengan belahan tepi pada hujung baju melayu yang memberikan keselesaan kerana tidak sendat di bahagian perut. Selesa yang santai adalah gaya yang lebih longgar dan sesuai. Koleksi ini menawarkan gaya dengan spesifikasi saiz yang lebih memuaskan. Umumnya mempunyai badan yang lebih lebar, garis leher yang santai dan lengan yang lebih longgar. selesa walaupun pakai sepanjang hari.
Material yang dipilih Bob Rock Lovelilly adalah "Twill" yang berasaskan kapas untuk bersesuaian dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas. Twill adalah tenunan kain serba boleh, dicirikan oleh garis pepenjuru, yang diciptakan oleh offset pada benang melengkung. Twill terkenal kerana sangat tahan lama, Kerana kain kapas Twill ini mudah menyerap peluh dan cepat kering. 
Bukaan lengan yang luas memudahkan menyingsing lengan untuk mengambil wudhuk dan Terdapat 3 poket di bahagian depan baju 1 di atas kiri dan 2 di bawah, Baju melayu ini mempunyai 5 lubang butang baju melayu. Potongan seluar baju melayu yang klasik, lurus dan selesa. Pinggang seluar baju melayu yang mudah regang dan bergetah serta pembukaan getah yang lebar untuk memastikan seluar tidak mencubit di perut.
Seluar berzip dan dikemaskan dengan cangkuk, Seluar juga mempunyai 2 poket sisi untuk memudahkan menyimpan dompet dan barang bernilai. Ia direka untuk keselesaan santai, dengan peregangan yang cukup untuk memberi anda gerakan bebas. Diperbuat daripada kain Twill 100% yang memberikan keselesaan semasa outing.
Ada lapan warna pilihan untuk Baju Melayu Bob Rock LoveLily yang menarik dan mudah dipadankan iaitu: 
  • Black, Red, Dark Gold, Burnt Orange, Royal Blue, Royal Purple, Night Blue dan Pewter Grey. 
Mengenai pasal saiz memang tak payah risau, badan besar macam Eddy pun pakai XXL je, Pilihan Saiz dari XL hingga 6XL. Dapat la bergaya menjelang Ramadhan dan Hari Raya tahun ini dengan pakaian dari Bob Rock Lovelilly, Paham2 la memang sukar nak cari baju cantik2 untuk badan berisi macam Eddy. Nasib baik lah ada Bob Rock Lovelilly, Compare dengan Harga dan kualiti memang berbaloi. Kita lelaki kan tak banyak simpan baju macam perempuan, Satu Baju tu Eddy akan Pakai banyak kali sampai la koyak, So kualiti itu diperlukan gitu. 
Potongan saiz itu penting, Bukan semua kedai potongan adalah sama megikut carta size. Eddy pernah beli online dari china, Pilih size 6XL tapi baju sampai macam size L memang tak muat la, last2 bagi kawan. Tu yang pelik ngan carta size international ni, Buat pening jer. Tu yang Eddy jadi fobia untuk beli pakaian kat Online. Tapi di Bob Rock LoveLily Saiz nya adalah lebih besar dari kebanyakkan kedai lain, So boleh la beli dengan confident.
Untuk memastikan saiz anda sila rujuk carta saiz yang disediakan oleh Bob Rock Lovelilly sebelum membeli untuk menyelak sebarang kekecewaan https://cdn.shopify.com/s/files/1/0116/1858/2628/products/SIZECHARTBOBROCK_1_600x.png?v=1609298777 , Gunakan pengukur baju untuk ukur setiap bahagian yang berkaitan. Senang gitu je untuk beli kat Bob Rock Lovelilly online, Atau kunjungi kedai ni berlokasi di shah alam, alamat penuh adalah Lot F-15, Level 1, Plaza Shah Alam, Jln Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Malaysia, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. Buka seiap hari dari isnin ke ahad pada pukul 10 pagi sampai la ke 10 malam
Pada harga asal untuk baju melayu adalah RM269.00 sepasang di Bob Rock Lovelilly tapi  menjelang Ramadhan dan Hari Raya tahun ini Harga promosi sekarang adalah RM199.00* sepasang dan penghantaran percuma Sementara stok masih ada. sila melayari Bob Rock Lovelilly official website di : https://www.bobrocklovelily.com.my/products/plus-size-baju-melayu 
Untuk mengetahui lebih lanjut atau nak beli atas talian(online) boleh layari website official Bob Rock LoveLily di : https://www.bobrocklovelily.com.my/
Contact : 011-10091301 / 03-55133588 
Email : bobrockapparel@gmail.com
Alamat : Bob Rock LoveLily, Lot F-15 Aras 1, PLAZA SHAH ALAM, Seksyen 9, Shah Alam Selangor.
Waktu beroperasi : 10am - 10pm



Comments

Popular posts from this blog

Batik Series by Emerald Brilliant Cheongsam Boutique 鑫碧旗袍 | Malaysia

Come and get together at Elegan Residensi, Taman Putra Perdana | Puchong

Experience Ultimate Refreshment With Tiger Crystal

Online shopping Safety Tips for Buyer or Selling in any Platform

Alam Flora & Dhes Cyber Eco Hunt 2019 | Malaysia

The New Bee In Town, Publika