Menangi Jersi Autograf Bintang Bolasepak Dunia Daripada Yoodo

KUALA LUMPUR, 21st June 2018 - Sekiranya impian anda adalah untuk memiliki jersi yang ditandatangani oleh bintang bola sepak dunia, inilah tahun yang bertuah untuk anda! Sempena meraikan kemeriahan pertandingan bola sepak terulung di dunia, Yoodo, syarikat telekomunikasi mudah alih digital yang terbaru di Malaysia, menyediakan enam helai jersi bola sepak yang siap ditandatangani khas oleh Messi, Neymar dan Hazard.

“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami turut berkongsi semangat bola sepak dengan seluruh rakyat Malaysia dan merasakan bahawa hadiah ini adalah paling sesuai untuk pelanggan Yoodo. Para pelanggan Yoodo juga akan terus menikmati pelbagai kempen menarik dalam masa terdekat,” jelas Farid Yunus daripada Yoodo. Perkhidmatan mudah alih digital khusus yang pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada awal tahun yang memberikan para pelanggan pilihan dan kawalan terhadap pelan mudah alih mereka. Ini juga bermakna dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih  Yoodo, mereka dapat mengubah pelan pada bila-bila masa dan mengawal apa yang mereka mahukan sepenuhnya.
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Yoodo Bola’, jersi-jersi dengan tandatangan eksklusif tersebut boleh dimenangi menerusi peraduan yang berlangsung sekarang sehingga 29 Jun. Para peminat tidak perlu melakukan sepakan melengkung ke arah gol untuk menang tetapi mereka hanya perlu log masuk ke laman sesawang yoodo di www.yoodo.com.my dan berkongsi ramalan juara kejohanan mereka di laman sosial media yang tersedia. Peraduan ini eksklusif untuk pelanggan Yoodo, jadi warga Malaysia disaran untuk menyertai Yoodo secepat mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Selain daripada itu, jika warga Malaysia mengaktifkan pelan Yoodo pertama mereka sekarang, mereka turut boleh menikmati kredit PERCUMA bernilai RM20 yang membolehkan mereka membeli 20GB secara PERCUMA! Dengan data sebanyak ini, para peminat bola sepak pasti tidak akan terlepas  aksi-aksi hebat pasukan kegemaran mereka dengan menonton dari mana-mana sahaja mereka berada.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen, sila layari pautan berikut:
Yoodo Bola: https://www.yoodo.com.my/wc2018/
Promo 20GB Percuma: https://www.yoodo.com.my/free-20/

Popular posts from this blog

Hair Color Expert | Malaysia

Mondelēz International Cadbury FC , Malaysia

One Republic : Hunting For New Voices singing competition

Sunway Lagoon's First White Cubs Unveilled , Malaysia

Pre Launching of MAHA 2018 - "Segalanya Wanita " , Malaysia

OneRepublic Live in Malaysia 2018