MAJLIS IFTAR SETULUS KASIH RAMADHAN 2018

MAJLIS IFTAR SETULUS KASIH RAMADHAN 2018
JALINAN UKHUWAH DAN APRESIASI TOURISM SELANGOR KEPADA PENGGIAT MEDIA
Tourism Selangor dengan kerjasama The Saujana Hotel Kuala Lumpur selaku penaja lokasi majlis telah menganjurkan Majlis Iftar Setulus Kasih Ramadhan yang telah diadakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Saujana Ballroom, The Saujana Hotel Kuala Lumpur bagi meraikan penghargaan para penggiat media Tourism Selangor.
Seramai lebih 150 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada tetamu yang diraikan iaitu seramai 90 orang para penggiat media, Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Pelancongan (PBT) rakan penggiat Industri pelancongan Tourism Selangor telah hadir dan memeriahkan majlis ramah mesra iftar, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk Tahun 2018.
Majlis Iftar Setulus Kasih Ramadhan ini dianjurkan khusus untuk mempererat dan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama sedia ada di antara para penggiat media dan Tourism Selangor serta merupakan apresiasi untuk pihak media di atas publisiti dan laporan dalam membantu mempromosikan produk pelancongan dan program pelancongan yang dianjurkan di Negeri Selangor.
Sumbangan cek dan duit raya daripada Tourism Selangor kepada pusat pelajar Autism daripada The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) telah diserahkan oleh YB Dato’ Abdul Rashid Asari, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Exco Kebudayaan dan Pelancongan Peradaban Melayu dan Warisan diiringi oleh Pengurus Besar Tourism Selangor, Y.Brs. Puan Noorul Ashikin Mohd Din. Usaha ini merupakan salah satu program tahunan Tourism Selangor yang berkonsepkan CSR (Corporate Social Responsibility) bagi memberi kesedaran dan sokongan mengenai kanak-kanak yang menhidap penyakit Autism.
Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu tradisional melayu serta lagu yang bertemakan hari raya bagi memberi suasana yang meriah, yang dibawa khas daripada kumpulan Pemuzik Tradisional Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Tentang Tourism Selangor 

Tourism Selangor merupakan pelancongan kerajaan negeri dengan mandat untuk meningkatkan jumlah pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor seterusnya meningkatkan profil negeri. Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini – kempen pelancongan, acara pelancongan, misi perdagangan pelancongan di luar negara dan antarabangsa, pameran promosi pelancongan tempatan dan banyak lagi.

Popular posts from this blog

Mondelēz International Cadbury FC , Malaysia

One Republic : Hunting For New Voices singing competition

Sunway Lagoon's First White Cubs Unveilled , Malaysia

Pre Launching of MAHA 2018 - "Segalanya Wanita " , Malaysia

OneRepublic Live in Malaysia 2018

The DASHING Sport Range , Malaysia