Terima kasih Ratu Naga

Kejayan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mencatatkan sejarah apabila parti keramat UMNO tewas setelah 61 tahun mentadbir negara. Ternyata, rakyat telah bersuara, suka atau tidak, ini adalah suara majoriti rakyat yang dahagakan perubahan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak dalam Pakatan yang tidak berputus asa menyedarkan rakyat untuk berani mengubah pimpinan demi Malaysia yang baru. Namun, siapakah yang menjadi tunjang atau akar umbi yang membuka mata rakyat sejak dahulu lagi?

Seorang aktivis politik, Otai Reformasi telah tampil membuat pendedahan di mana beliau mendakwa ada individu yang betul-betul memainkan peranan penting sehingga kerajaan Barisan Nasional berjaya dijatuhkan, Siapakah wira yang tidak didendangkan yang dimaksudkan beliau itu? Jom kita ikuti tulisan beliau seperti di bawah.
Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sudah berakhir dengan kemenangan kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan asalnya dari gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PAS, kemudian PAS mengambil keputusan untuk tinggalkan Pakatan dan bergerak atas nama Gagasan Sejahtera yang mesra Barisan Nasional. Semenjak dari itu, nama Pakatan Rakyat bertukar menjadi Pakatan Harapan.

Namun, apakah faktor kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 kali ini? Kita tidak menidakkan jasa Tun Mahathir sebagai ‘X factor’ utama kejayaan Pakatan, namun selain dari itu siapa? Adakah nama-nama besar ini seperti Anwar, Wan Azizah, Nik Aziz, Hadi Awang, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Rafizi, Tian Chua, Theresda Kok, Ambiga, Maria Chin, atau pun disebabkan oleh gerakan BERSIH?

Kemenangan parti ini juga bukan disebabkan oleh Muhyiddin, bukan juga Mukhriz biarpun ramai yang terkesan dengan apa yang terjadi ke atas mereka.Tidak keterlaluan jika dikatakan, selama 20 tahun menjadi pembangkang, kerajaan baru masih juga tidak dapat dibentuk walaupun meraih undi popular rakyat. Jadi, siapakah sebenarnya wira yang tak didendang dalam membuka mata rakyat?

Tidak dinafikan, semua yang disebutkan ini berpengaruh dan berjasa dalam menyedarkan rakyat untuk berani mengubah kerajaan, tetapi itu bukanlah menjadi faktor utama atau akar umbi kepada runtuhnya sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.
Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.

Apa ‘istimewanya’ wanita yang bergelar rakyat biasa ini hingga boleh didakwa sebegitu? Menjadi orang pertama yang didakwa dalam akta sakit hati kerana berniat menyakiti hati seorang Perdana Menteri, pastinya apa yang dilakukan oleh wanita ini membuatkan kita tertanya-tanya.
Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan kerajaan terdahulu. Wanita ini hatinya kering, biarpun diserbu di rumah dengan kehadiran berbelas-belas pegawai polis dan SKMM hanya kerana dia mengeluarkan kenyataan mempertikaikan TPPA sahaja.
Berikut merupakan penglibatan Ratu Naga yang membuatkan ramai pihak terharu akan pengorbanan dan keberanian yang dimiliki oleh beliau biarpun pada asalnya hanya bergerak sendiri.


  • 6 August 2015 - keluarkan kenyataan menghina Najib Razak kerana TPPA 
  • 18 Januari 2016 - diserbu berbelas-belas pegawai polis di kesdiaman rumahnya berapa hari selepas TPPA ditanda tangani 
  • 26 Febuary 2016 - didakwa akta sakit hati kerana sengaja menyakiti hati Perdana Menteri & mengaku tak bersalah atas tindakannya 
  • 16 April 2016 - menjadi tulang belakang deklarasi rakyat walau pun tidak duduk depan 
  • 26 May 2016 - Chegubard menyerang Deklarasi Rakya dengan memfitnah Ratu Naga membeli data 
  • 27 May 2016 - Ratu Naga menjawab fitnah Chegubard dengan bersumpah 
  • 10 Jun 2016 - Ratu Naga serbu sidang media Chegubard yang memfitnah namanya dan deklarasi rakyat 
  • 10 October 2016 - Ratu Naga masuk Parti Keadilan Rakyat untuk tebus salah dan balas budi jadi pengimbang Anwar dan Mahathir 
  • 12 October 2016 - Ratu Naga memohon maaf di depan istana kehakiman yang disaksikan oleh beribu penyokong Anwar Ibrahim sewaktu menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim 
  • 5 August 2016 - diserbu dengan ramai pegawai polis dalam keadaan sarat mengandung 
  • 21 September 2016 - diserbu dengan ramai pegawai polis pada tengah malam dalam keadaan berpantang 
  • 12 December 2016 - Ratu Naga diserang 30 orang Jamal Yunos kerana hantar bantuan air 
  • 12 Jun 2017 - Ratu Naga bawa 500 orang UMNO masuk PKR 
  • 3 Febuary 2018 - Ratu Naga serah diri untuk di soal siasat

Apa yang jelas, sejak didakwa, hampir setiap bulan hinggalah sekarang, wanita ini tidak kenal erti penat turun naik mahkamah, biarpun kalah dan ditahan.

Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak berhenti menyokong BN dari tahun 2015. Dalam usaha tersebut, banyak kes kebajikan yang dibawakan beliau hingga menjadi kontrovesi. Tidak cukup dengan itu, akta fake news sekalipun pun tidak berjaya mematahkan semangatnya yang masih berdegil dalam menyuarakan hak rakyat.
Disebabkan usaha Ratu Naga selama 3 tahun memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan menjadikan dirinya sebagai bahan ‘experiement’ jika salah guna kuasa dibiarkan di negara ini, akhirnya telah membuahkan hasil yang baik.
Ramai pemimpin Pakatan merasakan merekalah yang menjadi punca kenapa rakyat membuka mata. Tidak dinafikan, namun usahlah terlepas pandang akan jasa wanita ini yang dari awalnya menjadi faktor utama. Lambakan ucapan terima kasih dan tahniah daripada rakyat Malaysia kepada beliau kerana menjadi inspirasi kepada rakyat untuk berani berubah, terpapar di laman sosial miliknya.
Ini lah yang dikatakan wira tidak didendangkan. Semoga pemimpin Pakatan membuka mata mengingat jasa besar beliau. Wanita ini tekad mengambil keputusan meninggalkan kemewahan di bawah Najib Razak dan berusaha membantu kemenangan Pakatan Harapan wajar diberi pujian.
Terima kasih ‘Ratu Naga’ kerana manjadi inspirasi rakyat untuk bangkit. Walau pun satu hari nanti, kerajaan Pakatan Harapan akan melupakan usaha beliau, tapi bagi kami rakyat Malaysia, jasa besar wanita ini dalam membangkitkan suara rakyat akan sentiasa dikenang.

Source from : Siakap Keli
#ratunaga4rakyat
#solidaritiratunaga
#ratunagaraturakyat

Follow Ratu Naga at :
Instagram : @ratunaga
Twitter : @ratu_naga
Facebook Page : @ratunaga4rakyat

Popular posts from this blog

Hair Color Expert | Malaysia

Mondelēz International Cadbury FC , Malaysia

One Republic : Hunting For New Voices singing competition

Sunway Lagoon's First White Cubs Unveilled , Malaysia

Pre Launching of MAHA 2018 - "Segalanya Wanita " , Malaysia

OneRepublic Live in Malaysia 2018